Komunisme
Sunday, July 6th, 2008
Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.
Pengasas dan Pemimpin
Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.
Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusikomunisdiRusiamenubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.
Dasar-dasar dan Pegangan
Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:
# Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
# Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
# Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
# Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
# Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
# Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Perbandingan Komunisme dengan Islam
# Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
# Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
# Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
# Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.
Kuliyah Jumaat 21 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
--------
Sosialisme Dan Percanggahannya Dengan Islam
Perbandingan Sosialisme dengan Islam
Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan sosialisme bukan sahaja tidak baik daripada segi asalnya tetapi juga dari segi dasar.
Amalan dan tindakan adalah:
# Menjadikan kebendaan sebagai dasar utama dalam hidup tanpa meletakkan agama di tempat yang pertama sehingga tidak mempunyai perhitungan halal dan haram menurut akidah dan kaedah Islam.
# Tidak betul di dalam mengendalikan milik umum sehingga menjejaskan kebebasan orang perseorangan dan merampas hak-hak mereka.
# Bercanggah dengan fitrah manusia yang bersifat rohani dan jasmani, ananiah dan ijtima’iah (bermasyarakat).
# Menghapuskan semangat bekerja kepada orang perseorangan.
# Menghapuskan rasa bertanggungjawab pada urusan yang dipegang sehingga menjejaskan negara dari segi ekonomi yang menjadi matlamat penting kepada ajaran ini, apabila orang yang ditugaskan merasakan tugas dan hasil pekerjaannya bukan miliknya.
Akhirnya, Sosialisme mengalami nasib yang sama dengan Komunisme dan Kapitalisme. Gagal menyelesaikan masalah manusia sejagat, terdedah keburukan yang membawa kerunyuhan akhlak dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan lain-lain sehingga memaksa pemimpinnya menjadi contoh yang tidak baik menyembunyikan kesilapan mereka dan kelemahan ajaran yang diperjuangkan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya menggunakan penipuan melalui media massa yang dikuasai mereka dan kadang-kadang menggunakan kekerasan, penindasan ke atas rakyat yang cuba menegur dan membetulkan keadaan.
Kuliyah Jumaat 11 Januari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
---------
Sejarah dan Tokoh Fahaman Sosialisme
Ajaran yang berhubung engan ekonomi dan politik yang menjadi tindak balas kepada ajaran Kapitalisme. Ajaran ini juga berdasarkan kepada kebendaan, sama pada dasarnya dengan ajaran Komunisme daripada segi menonjolkan milik umum sebagai suatu cara untuk membela masyarakat tertindas, tetapi berbeza dengan komunis dari segi sikap terhadap agama dan cara bertindak.
Sejarah dan Tokoh
Ahli sejarah tidak dapat menentukan kelahiran ajaran ini. Ada antara mereka yang menyatakan seorang ahli falsafdah Greek sebelum masihi bernama Plato pernah mengemukakan pendapat ini di dalam karangannya. Namun, pendapat ini disanggah oleh beberapa orang ahli sejarah Barat antaranya Profesor Parker.
Diantara tokoh-tokoh yang terkemuka di abad yang ke 19 adalah: Sana Saimon, Puriah, Rubirat dan lain-lain yang terdiri dari kalangan ahli-ahli falsafah dan politik yang bertuhankan akal dan kebendaan.
Dasar-dasar Sosialisme
# Kebendaan menjadi dasar penting dalam menentukan kebahagiaan manusia.
# Mengutamakan milik umum kepada beberapa perkara yang dianggap menjadi sumber ekonomi dengan melalui milik negara.
# Menguasai pemerintahan atau kuasa politik dengan mencetuskan kefahaman ideologinya kepada masyarakat dan menyebarkannya di kalangan manusia supaya mendapat sokongan bagi mendapat kuasa pemerintahan.
# Membuat perubahan secara berperingkat di dalam bidang ekonomi dan pentadbiran melalui proses memilik negara beberapa yang dianggap menjadi milik kepada masyarakat umum.
Kuliyah Jumaat 28 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Saturday, March 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment