Saturday, March 14, 2009

AL-BAHA'I

Sejarah Mazhab Al-Baha’i

Ajaran ini lahir di Iran pada akhir abad ke-19 Masihi selepas al-Bab dijatuhkan hukuman bunuh. Al-Bab sempat meninggalkan dua pengikut yang terkenal di kalangan pengikut ajarannya. Mereka adalah Mirza Yahya Nur yang bergelar Sabah Azal dan Mirza Husin Ali yang bergelar Baha Allah. Apabila Mirza Husin Ali menggantikan Mirza Yahya, dia membawa ajaran baru. Dia pernah ditahan kerana menentang Syah Nasiruddin secara melampau. Sepanjang tempoh tahanan, dia mendakwa Tuhan menurunkan wahyu kepadanya dan membawa ajaran yang menyatukan semua agama. Dia juga mendakwa dapat mendedahkan rahsia yang disembunyikan oleh Nabi Isa. Walau bagaimanapun, dia mengaku Tuhan itu satu. Namun, dia menambah dalam kepercayaannya unsur batin dan meminda hukum-hukum dengan memberi hak kepada akal boleh menentukan halal dan haram dan bukannya hukum syarak.

Kuliyah Jumaat 24 Ogos 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

No comments:

Post a Comment