Saturday, March 14, 2009

FREEMASON

Keburukan Rotary Club

Rotary Club mempunyai fahaman dan kegiatan yang sama seperti Lions Club. Kedua-duanya dikuasai oleh gerakan Freemason yang mempunyai rancangan jahat kepada manusia dan Islam. Oleh itu, ia bukan sahaja berbahaya pada akidah tetapi juga mengundang bahaya pada keselamatan dan kepentingan Islam serta penganutnya.

Kuliyah Jumaat 14 Mac 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

------
Rotary Club

Rotary Club adalah pertubuhan yang berada di bawah naungan Freemason. Ia ditubuhkan di bandar Chicago, Amerika Syarikat pada 23 Februari 1905. Pengasasnya seorang pehuam bernama Paul P. Harris. Ia berkembang ke seluruh dunia sehingga pada tahun 1947, Rotary Club mempunyai cawangan di 70 negara, 6800 kelab dan 328000 ahli. Mereka berjaya menubuhkan kelab di Palestin pada tahun 1921. Semasa semangat Yahudi sedang marak, mereka terlbiat dalam penubuhan negara Israel seterusnya cawangan kelab ini berselerak di seluruh negara Arab.

Fahaman

Fahaman yang disebarkan Rotary Club adalah:
# Menganggap agama bukan masalah dan tidak penting apabila memilih ahli. Mereka juga tidak menjadikan agama sebagai masalah apabila menjalankan hubungan sesama mereka. Secara sembunyi, mereka membawa pengaruh Yahudi dalam kegiatan kelab.
# Menghapuskan sikap menunggu balasan dalam kerja kebajikan sama ada dalam bentuk material ataupun pahala.
# Mempunyai pegangan yang sama dengan Lions Club dari segi hubungan agama dan negara.
# Menonjolkan fahaman persamaan, persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan manusia sejagat sehingga menghilangkan kesetiaan kepada agama dan bangsa serta hanyut tanpa pegangan yang sebenar.
# Menjalankan kegiatan kemasyarakatan dan kebudayaan melalui ceramah-ceramah, lawatan, forum ke arah menyamakan antara agama dan menghapuskan pertelingkahan dalam perkara itu.
# Ia berbeza dengan Freemason apabila mengumumkan perlantikan pemimpinnya secara terbuka. Freemason pula merahsiakan pemimpinnya.
# Tidak dibenarkan menubuh cawangan melainkan keizinan pemimpin antarabangsa.

Kuliyah Jumaat 29 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

-------

Keanggotaan Lions Club

Syarat keanggotaan Lions Club tidak banyak berbeza dengan menganggotai pertubuhan-pertubuhan lain yang berada di bawah naungan Freemason. Antara syarat keahliannya adalah:
# Mencegah sekeras-kerasnya kemasukan ahli yang berpegang pada akidah dan cinta kepada negaranya.
# Keanggotaannya tidak diluluskan melalui orang yang membuat permohonan untuk menjadi ahli. Permohonan mesti daripada orang yang dicadangkan menjadi ahli dan dianggap dapat mendatangkan faedah kepada pertubuhan ini.
# Keanggotaannya dari kalangan tokoh pentadbiran dan usahawan yang berjaya.
# Menarik pemuda-pemudi untuk menyertai kegiatannya supaya pertubuhan sentiasa hidup dan cergas.
# Menarik isteri-isteri kenamaan dengan memberi jawatan dan peranan supaya dapat menarik tokoh-tokoh penting bagi kepentingan persatuan mereka.

Keburukan

Pertubuhan ini mempunyai motif yang tersirat ke arah membantu kegiatan Freemason. Antaranya:
# Menghidupkan slogan “agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”.
# Islam itu sama sahaja kedudukan dengan cara agama-agama lain samada agama samawi ataupun tidak, di samping menumpukan usaha mengelirukan umat Islam.
# Mengumpulkan maklumat kegiatan agama, politik, ekonomi dan sebagainya melalui perbuatan dan perbincangan secarta sedar atau tidak sedar dalam majlis-majlis dan pergaulan-pergaulan yang dianjurkan.

Kuliyah Jumaat 22 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

--------

Lions Club

Kumpulan yang kononnya menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Sebenarnya, ia adalah salah satu daripada cabang Freemason yang bertujuan mempengaruhi dunia. Ia ditubuhkan pada musim panas tahun 1915 di Texas, Amerika oleh penaja yang pertama iaitu Melvin Jones. Pertubuhan ini dianggotai oleh tokoh perusahaan dan pentadbiran yang terkenal di Amerika. Kemudian, ia diisytiharkan sebagai pertubuhan antarabangsa pada tahun 1917 di bandar Chicago Amerika.

Walaupun ia menjadi pertubuhan yang terbuka dan mendedahkan kegiatannya, namun rahsianya terbongkar apabila ia didalangi oleh gerakan Freemason.

Kegiatan dan Ideologi

Lions yang bermaksud singa-singa melambangkan kekuatan dan keberanian. Namun, di sebalik kegiatan-kegiatan mereka, Lions Club menarik orang ramai dengan slogan-slogan yang sangat menarik. Antaranya:
# Menyeru ke arah persaudaraan, kemerdekaan dan persamaan.
# Memberi bantuan kebajikan dan pertolongan kepada semua bangsa.
# Menghidupkan semangat persaudaraan di kalangan individu dengan mengelak daripada unsur-unsur akidah.
# Memberi perhatian kepada kesenangan masyarakat.
# Menyebarkan ilmu pengetahuan dengan semua cara yang boleh digunakan.
# Menolong orang yang cacat.
# Meringankan beban penderitaan golongan yang kurang bernasib baik dalam kehidupan hariannya.
# Memberi bantuan kepada orang tempatan.
# Mengadakan pertandingan-pertandingan hiburan.
# Membantu projek-projek kemasyarakatan.

Kuliyah Jumaat 15 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

1 comment:

  1. Top Ten Best Casinos in 2021 - Mapyro
    A map showing casinos and other gaming facilities หาเงินออนไลน์ located in North Carolina, 경산 출장샵 New Jersey, 영천 출장마사지 and Pennsylvania. 영주 출장마사지 North Carolina: Casinos 전주 출장샵 Near Me

    ReplyDelete