Saturday, March 14, 2009

AL-YAZIDIAH

Kitab Suci dan Ketua Agama Yazidiah


KITAB-KITAB SUCI MEREKA

Al-Quran
Mereka mengambil mana-mana bahagian ayat dan surah yang mereka sukai dan membuang bahagian yang tidak dipersetujui. Mereka mendakwa ia sengaja ditambah-tambah oleh orang-orang Islam.

Kitab Ras
Dalamnya terkandung berita kejadian langit, bumi, lautan, bukit bukau, pokok, para malaikat, Arasy, Adam dan Hawa.

Kitab Jalud
Menurut kepercayaan mereka kitab ini berada di sisi Tawuus Malik sebelum segala makhluk dicipta. Menurut ahli sejarah, orang yang menulis kitab ini adalah Syamsudin al-Hasan iaitu salah seorang agamawan mereka. Namun, pengikut-pengikutnya menganggap kitab ini juga daripada Tuhan. Dalamnya terkandung ‘pesanan Tuhan’ kepada hambanya supaya mengikut al-Quran dan agama-agama langit yang menepati kehendak Allah.

Kitab Ras dan kitab Jalud itu tersebar pada tahun 1895 Masihi dalam bahasa Inggeris. Kemudian ia diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1909 Masihi seterusnya dalam bahasa Kurdish pada tahun 1911 Masihi.

Jelas sekali kitab-kitab itu adalah ciptaan manusia bukannya daripada Allah dan ternyata akidah Yazidiah terkeluar daripada Islam dan mencampur-aduk ajaran Islam, Kristian, Majusi dan lain-lain.

KETUA-KETUA AGAMA YAZIDIAH

Antara pemimpin-pemimpin agama Yazidiah yang disanjung dan menjadi rujukan kepada mereka ialah:

Syeikh Adi bin Musafir
Lahir pada tahun 1073 Masihi. Dia membawa tarikat yang bernama tarikat Adawiyah, pengikutnya mendakwa dia tidak mati tetapi diangkat ke langit.

Syeikh Abu al-Barkat
Namanya Sakar bin Sakarin bin Musafir anak saudara kepada Syeikh Adi menurut pengikutnya dia dipilih dengan wasiat Syeikh Adi.

Syeikh Adi bin Abu al-Barkat
Bergelar Abu al-Mafajar al-Kurdi.

Syeikh Syamsuddin Abu al-Hassan
Dia digelar al-Hassan al-Basri. Menurut pengikutnya dia bertapa selama enam hari dan keluar membawa kitab al-Ajwah yang didakwa daripada Tuhan. Akhirnya dia dibunuh oleh Raja Badaruddin Lukluk, pemerintah Muusil pada tahun 644 Hijrah.

Syeikh Syarifuddin Muhammad bin Syeh Abu al-Hassan
Dia mengganti bapanya yang dibunuh. Tetapi pada tahun 655 Hijrah, dia dibunuh oleh Sultan Izzuddin al-Saljuqi.

Syeikh Zainuddin Yusuf bin Syarifuddin Muhammad
Dia melarikan diri ke Mesir dan meninggal dunia di sana pada tahun 725 Hijrah.

Kuliyah Jumaat 10 Ogos 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu



Hari Raya Menurut al-Yazidiah


Hari raya awal tahun
Hari raya itu mesti bermula pada hari Rabu awal tahun. Cara menyambutnya adalah dengan menyembelih korban pada malam Rabu mengikut kemampuan. Apabila menjelang fajar hari raya, mereka mengambil berkat daripada sembelihan mereka. Hari itu dianggap hari Yazid ditabalkan menjadi raja pada tahun 60 Hijrah.

Oleh kerana hari raya ini kebetulan dengan hari Nabi Isa dilahirkan, ajaran ini dipercayai mempunyai pengaruh agama Kristian. Ada juga yang berpendapat hari raya ini bertepatan dengan hari matahari dilahirkan menurut pendapat orang-orang Babilon.

Pada hari raya ini, anak-anak perempuan dan pemudi-pemudi mengumpulkan bunga-bunga daripada pelbagai jenis yang diikat dan disimpan selama tiga hari. Golongan wanita pula meletakkan makanan di atas kubur untuk fakir dan miskin yang lalu di situ.

Pada malam hari raya pula, perempuan-perempuan muda memakai pakaian baru. Mereka banyak berjudi pada malam itu di dalam rumah dan di anjung rumah. Taruhan mereka adalah telur yang dihias dan duit.

Hari raya Murabbaaniyyah
Ia bermula pada 15 hingga 20 Mei. Para agamawan mereka berjalan kaki ke kubur ketua agama mereka bagi berpuasa selama tiga hari. Kemudian mereka menyambung puasa di rumah supaya cukup 40 hari.

Hari raya korban
Ia disambut pada 10 Zulhijjah tarikh yang sama dengan hari raya Aidul Adha yang disambut oleh umat Islam. Mereka wajib menyembelih korban kerana Nabi Ismail ditebus dengan kibas semasa Nabi Ibrahim hendak mengorbankannya. Sebelum hari raya itu, mereka perlu menziarahi kubur ketua agama mereka dan berdoa supaya Allah menerima ‘ibadah haji’ mereka.

Hari raya Jamaiah
Hari raya yang paling penting menurut ajaran agama mereka. Hari ini dianggap akidah agama mereka terpancar. Pada hari ini mereka dilarang menghampiri perempuan tetapi membenarkan sekiranya melarikan dengan mendapat pemeliharaan daripada ketua agama mereka. Hari raya ini bermula pada 23 hingga 31 Julai. Sepanjang hari itu juga mereka menziarahi tempat-tempat suci dan melakukan majlis tari-menari. Akhirnya majlis itu berakhir dengan menyembelih lembu jantan dan mandi daripada air yang mereka namakan ‘air zamzam’.

Hari raya Balandah
Berlaku pada 25 Oktober sempena menyambut hari lahir Syeikh Adi yang menjadi ketua agama mereka. Mereka menyambut hari raya ini dengan menyalakan api di rumah-rumah pada waktu petang.

Hari raya Yazid
Berlaku pada 24 Hijrah. Mereka berpuasa selama tiga hari iaitu hari Selasa, Rabu dan Khamis pada bulan Oktober.

Hari raya Ajwah
Iaitu berlaku pada tujuh hari bulan November. Mereka menyediakan roti besar yang di dalamnya ada sejenis biji-bijian. Mereka membahagikannya kepada seluruh kaum keluarga. Sesiapa yang menerima bijian di dalamnya, dia yang bertuah.

Hari raya Kadhir al-Ilyas
Berlaku pada hari Khamis bulan Disember bertepatan dengan pertengahan bulan Syaaban. Ada dalam kalangan mereka yang mendahulukan hari raya ini dengan berpuasa selama tiga hari atau satu hari. Ahli-ahli agama mereka mengunjungi kubur ketua agama dengan menyembah dan bersembahyang.

Kuliyah Jumaat 03 Ogos 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu


Sejarah Mazhab Yazidiah I
Thursday, April 3rd, 2008

Terdapat perselisihan di kalangan sarjana Islam mengenai punca nama ajaran ini. Ada yang berpendapat mereka adlah pengikut Yazid bin Muawiyah yang sentiasa menyucikan Yazid. Ada yang menyatakan mereka adalah pengikut Yazid bin Unaisah al-Khariji yang pada mulanya menganut ajaran Khawarij sebelum mencipta ajarannya sendiri. Ada yang berpendapat mereka adalah pengikut Yazid bin Unaizah. Ada yang berpendapat ia diambil daripada perkataan Yazd iaitu nama daerah di Parsi. Ada yang berpendapat ia diambil daripada perkataan Yazdan bermakna raja atau Tuhan dan ada pendapat-pendapat yang lain. Mereka mengikut ajaran sesat dengan mencedok beberapa ajaran Islam yang dicampur dengan agama Majusi, Yahudi, Kristian dan lain-lain.

Kuliyah Jumaat 20 Julai 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

No comments:

Post a Comment