Friday, June 19, 2009

MOGA DIRI DIBERI KEKUATAN DAN AZAM YANG BERTERUSAN



Sayu hati aku bila melihat kesungguhan para pimpinan, aktivis dan penyokong PAS yang dilakarkan pada kanvas realiti hari ini. Muktamar yang berlangsung menggamit hati kecil ini untuk segera terjun bagi menjadikan tulang dan daging ini sebagai cebisan harta waqaf buat Islam dan perjuangan Parti Islam SeMalaysia. Sayu hati bila melihat kelibat teman-teman sepengajian dari bumi al-Azhar bergelendangan dan bersayembara dalam muktamar kali ke 55 ini.

Aku pula terus di sini menagih simpati tuhan agar mengurniakan kepada sahaya bekalan ilmu buat mengisi sebuah kemenangan yang dicita-citakan dalam memahkotakan Islam di Malaysia.

Aduh. Hati ini membentak-bentak untuk terus pulang terus menjadi waqaf sepenuh masa buat PAS. Tapi adakah sudah cukup kantungku ini dengan ilmu yang diharap-harapkan oleh sebuah jamaah Islam PAS?

Tahun ini tahun ke lima aku di di kiblat ilmu ini. Akhir 2004, kaki bodohku menjejak mutiara al-Azhar. Jatuh. Bangun. Kecewa dengan kegagalan. Bangkit kembali. Berjaya untuk terus meneruskan siri kembara ilmu ini. Aduh. Panjangnya masa yang telah berlalu.

Kalau tahun ini lulus, tahun depan aku bakal menduduki tahun 4 di universitas tertua dan terpayah di atas muka bumi Allah ini. Al-Azhar hebat bukan kerana universitinya. BUkan kerana M.A dan PhDnya. Tapi institusi ini hebat kerana masjid tuanya. Ya Masjid al-Azhar al-Syarif yang diimarahkan oleh para ulama yang ikhlas mengajar kami ilmu Islam secara masak dan teliti berdekat-dekat lamanya tanpa sesenpun atau seQirshpun (sen dalam dialek Mesir) mereka pinta dari kami para santri miskin.

Ya Allah. Aku punya cita-cita. Ingin bertalaqqi segila-gilanya dengan para ulama di Mesir ini paling kurang selama sepuluh 6 lagi. Kalaulah boleh lebih lagi....

Aku bakal kaburi lamanya tempoh itu dengan M.A dan PhD yang ku tahu bukanlah tanda sebenar bahawa aku ini punya bekalan ilmu. Ya tuhan. 6 tahun lagi umurku bakal menjadi ke angka 33. Masih adakah aku ketika itu di atas bumiMu.

Ya Tuhan. Kalaulah pada IlmuMu, segala payah dan sukarku ini adalah untuk aku sumbangkan ilmuMu pada perjuangan Islam dan pelaksanaan duturMu di Malaysia, maka hamba mohon dariMu ya Tuhan untuk HadratMu memberkati peluh keringatku dan memperkuatkan azamku untuk itu.

Ya tuhan. Aku cemburu melihat teman yang sudah lama pulang dan menyalurkan bakti buat perjuangan agamaMu. Sedang aku masih terkedek-kedek dalam permusafiran ini. Ya tuhan. Jadikan aku untuk agamaMu.

Aduh. Rindunya untuk aku bersakit-sakitan dalam perjuangan Islam di Malaysia. Aduh. Rindunya untuk berjuang dan menggabungkan diri dalam Parti Islam SeMalaysia.
Aduh...Aduh...Aduh.......

Friday, May 15, 2009

WARKAH UNTUK GURUKU


Guru..kau ibarat bintang, bulan menghiasi malam, mentati yang menyinari alam yang penuh rimba yang menebalkerana ditinggalkan tanpa penghuni..
Guruku..
akau hanya dedaun kering ditengah pepadang pasir yang menunggu saat-saat gugur, namun akau amat berasa beruah kerana masih diberi peluang untuk merasai kemanisan sebagai seorang hamba ALLAH yang maha gagah, perkasa dan belas kasihan yang melimpah terhadapa hambanya. Tanpa kehadiranmu siapalah aku kini..oleh itu guru..aku telah mengucap syukur setulus hati di atas kurnia ilahi.. relaku persembahkan jiwaragaku padamu guru sekalipun rohku..tetap ku lebih menyintaimu dari segala apa yang kumiliki...kaulah insan yang beruntug..amatku harapkan agar engkau tidak meninggalkanku walau ku tahu aku hanya dedaun kering yang tidak dapat memberi apa-apa erti untuk dimanfaatkan kerana kedhaifanku..
Terima kasih guru...
Zahir batinku hancur kerana menyintai hamba yang dikasihinya sepertimu..bukan k niatku untuk memuja dan memuji namun inilah rintihan rasa batin yang dihujani rahmat ILAHI dari kerana mendampingimu..kini aku berasa amat bertuah dapat hidup di dunia ini kerana dapat ku berselit kasih denganmu..aku tahu aku tidak layak, namun aku beriktiqad akan kutempuhi segala-galanya dengan penuh kesabaran demi dapat bernaung dibwah kasih dan tarbiahmu..aku amat menyintaimu zahir dan batinku..pimpinlah aku..sehingga ku diredhai ALLAH dan RASULNYA, aku amat rindukan saat-saat itu..tolonglah aku wahai guru..الله...الله...الله...الله aku amat merinduimu ya الله!!!!!!

Saturday, April 18, 2009

ARAH TUJU DAN MATLAMAT HIDUP SEORANG MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum..

Hanya sekadar memperingati diri dan sahabat-sahabat bahawa hidup ini adalah untuk ALLAH taala demi mencari kasih dan redhanya.
Bagi mencapai tujuan tersebuat kita perlu menyedari dengan kesedaran sepenuhnya bahawa kita adalah hambanya yang mesti memikul amanah ISLAM untuk di pelajari, difahami dan dihayati pada diri, keluarga dan masyarakat.
Menyedari perkara tersebut ianya memerlukan pengorbanan yang besar dan jitu. pastinya kita akan menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan bagi mencapai tujuan dan matlamat sebagai kekasih dan hambaNYA yang diradhai. Hakikat ini mesti diterima dan ditempuhi dengan kekuatan roh IMAN dan ISLAM. Tanpa roh IMAN dan ISLAM pastinya kita tercicir atau kalah dalam perjuangan ini. Membicarakan tentang rintangan dan cubaan kita pastinya teramat letih dan lesu untuk berkerja demi matlamat ini..keletihan dan lesu ini dapat diubat hanya pengharapan mendapat ganjaran keredhaan ALLAH di sisiNYA di AKHIRAT kelak. Biarlah kita bersusah-susah dan berletihan sementara di dunia ini kerana pastinya kita akan pergi ke alam akhirat yang kekal abadi dan kita mengharapkan kita dapat beristirahah di sana nanti. namun jika jika kita tidak bersabar untuk tidak mentaati ALLAH dengan menjadi hamba nafsu dan syaitan dikehidupan di dunia ini yang mungkin 63 50 tahun!60 tahun 70 tahun pastinya kita menyesal selama-lamanya, kerana kehidupan di dunia ini menentukan kedudukan kita di akhirat yang kekal abadi.
Dengan ini kita mesti menyedari dan menginsafi tentang tugas yang kita sama-sama pikul ini.
Marilah sama-sama kita mewakafkan sepenuhnya diri dan masa kita untuk tujuan meninggikan Seruan ISLAM. Moga ALLAH memberkati kehidupan kita dan memelihara kita dari segala kemudharatan terutama kemudharatan di saat sakaratul maut. moga kita mendapat husnul khatimah dan mendapat tempat yang tinggi disisiNYA dan di sanalah kita beristirahah serta berseronok bagi mengganti keseronokan yang palsu di dunia ini. wassalam.

khadimul ilmi wal ulamak
illias ibrahim al-azhari

Thursday, April 16, 2009

KABINET IKAN BUSUK

KABINET Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah Perdana Menteri mengangkat sumpah. Media massa pengampu dengan segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan slogan “Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”.

Memang slogan ini cukup manis untuk dilihat oleh rakyat, tetapi belum tentu dari segi perlaksanaannya. Tun Dr Mahathir dahulu ketika mula-mula naik pada 1981 melaungkan slogan Kepemimpinan Melalui Teladan dan mendukung agenda Bersih, Cekap dan Amanah. Tetapi berhenti Dr Mahathir sebagai Mahafiraun yang penuh dengan penyelewengan sehingga digelar “Bapa Mizan” yang bekerja dengan “daddy kasi”. Bukankah rakyat menolak Dr Mahathir dahulu kerana KKN-nya?

Tun Abdullah Badawi juga mencipta slogan lunak ketika mencari al-Ghazali, lalu diisytiharkan projek integriti ke arah pembinaan modal insan. Beliau mengusung ke sana ke mari Islam Hadhari – satu salinan semula kepada Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dr Mahathir. Akhirnya, Dr Mahathir bersama juak-juaknya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘membelasah’ Pak Lah, walaupun Najib hanya berdiam diri. Dr Mahathir mempersoalkan integriti zaman Pak Lah kerana ‘kuasa’ menantunya di Tingkat 4 JPM. Rasuah yang diasaskan pada zaman Dr Mahathir membiak dengan pesat di bawah Pak Lah dengan dengan ‘muka kering’ Dr Mahathir memberitahu ahli Umno bahawa makan rasuah lebih besar dosanya daripada makan daging babi! Akhirnya Mr Clean terpaksa berundur dengan imej rasuah yang terpalit pada pentadbirannya.

Kabinet baru ini dibentuk selepas sah rakyat menolak kepemimpinan Najib dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April 2009. Najib bernasib baik kerana masih boleh ‘memperbodohkan’ pengundi di Batang Ai yang rata-rata tidak dapat mengakses pandangan kedua. Tetapi, nyatalah bahawa rakyat tidak percaya kepada Najib, tidak seperti mana keajaiban yang diterima oleh Pak Lah pada 2004. Bahkan, tindakan Najib menarik balik penggantungan Harakah dan Suara Keadilan serta membebaskan 13 tahanan ISA hanya dipandang sinis oleh rakyat – tidak ubah seperti Pak Lah mendakwa Mendiang Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam untuk projek integritinya dahulu. Nampaknya lakonan pemimpin BN hari ini tidak termakan lagi oleh rakyat.

Berbalik kepada persoalan Kabinet yang baru dibentuk ini, ramai yang mempersoalkan apakah ahli parlimen BN lebih 100 orang itu semuanya tiada wibawa, lalu dikitar semula tokoh-tokoh yang sudah dirijek oleh rakyat. Menteri yang kalah pilihan raya, yang kalah pemilihan parti nampaknya diangkat semula. Yang menang tidaklah pula menjadi pilihan, maka ramailah senator menjadi menteri pada kali ini. Termasuk yang dilantik ini ialah bekas Pengarah KAGAT, Datuk Jamil Khir Baharom. Nampaknya menjadi tradisi di kalangan pemimpin Umno sekarang ini memperalatkan tokoh-tokoh agama untuk ‘menyucikan’ kabinet mereka.

Tapi, seperti biasa orang-orang ini akan menjadi sampah dalam Umno. Lihatlah nasib Tan Sri Hamid Othman, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin,Datuk Abdullah Mat Zain, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan lain-lain, terbuang mereka. Tentu Datuk Furdaus Ismail dan Datuk Nakhaie Ahmad bersetuju dengan saya. Apa tidaknya, Umno bukan mendengar nasihat ulamak, melainkan memperalatkan mereka sahaja.

Beberapa menteri yang dikaitkan dengan rasuah semasa pemilihan Umno baru-baru ini terus berada dalam kabinet Najib. Bahkan, yang pernah dikaitkan dengan skandal seks pun masih ada di situ. Yang tiada cuma Khairy Jamaluddin, perasuah yang dibenarkan bertanding Ketua Pemuda Umno itu. Mungkin Dr Mahathir cukup berbulu dengan Khairy, lalu Mukhriz yang kalah diangkat menjadi timbalan menteri. Agaknya, kerana itulah orang berkata kabinet kali ini adalah kabinet Dr Mahathir, bukannya Najib. Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak bahawa Dr Mahathir mempengaruhi Najib dalam soal ini, tetapi itulah yang dipercayai oleh rakyat. Seburuk-buruk Pak Lah dahulu, tidak mahu dia mengikut telunjuk Dr Mahathir, kerana itu dia diserang bertubi-tubi.

Isu sebenar di sebalik kabinet “Rakyat Didahulukan” ini ialah adakah orang-orang yang dilantik diperkenan oleh rakyat. Rakyat sudah menolak mereka, ahli Umno juga menolak mereka. Tetapi merekalah yang diangkat untuk mendahulukan kepentingan rakyat. Bagaimana ia hendak dilaksanakan. Yang kedua, dua buah negeri di Borneo mendapat tambahan kerusi menteri yang mewakili sekitar lima juta rakyat, sedangkan negeri-negeri yang lain tidak pula demikian. Adakah kerana BN melihat Sabah dan Sarawak (baca: Batang Ai) adalah kubu kuat yang menentukan survival politik Najib hari ini.

Ini bukan mendahulukan rakyat, tetapi mendahulukan kepentingan politik sempit diri sendiri! Najib cuba memancing perhatian rakyat dengan retorik “Satu Malaysia ”, sedangkan pada hakikatnya satu kroni sahaja!

Najib cuba memberitahu rakyat bahawa pada kali ini kabinetnya akan mengutamakan prestasi, dengan maksud pencapaian lebih diutamakan daripada projek. Bukankah ini juga slogan yang dibawa oleh Dr Mahathir dan Pak Lah dahulu. Najib berada dalam kabinet kedua-dua bekas PM ini, tetapi kenapa ketika itu beliau tidak mengutamakan prestasi. Ketika beliau menjadi TPM, semua orang melihat inilah cabinet yang paling lemah dan lembab dalam sejarah negara. Tidak ada prestasi langsung.

Bahkan penuh dengan rasuah, penyelewengan dan skandal. Najib tidak berbuat apa-apa pun. Mungkin Najib akan berkata, ketika itu saya bukan ketua. Memang benar, tetapi ketika itulah beliau disabitkan dengan isu kapal selam dan helikopter sehingga wanita Mongolia itu boleh menyeludup masuk ke Malaysia tanpa rekod imigresen” Jika Najib akan memantau prestasi menteri lain, siapa pula yang akan memantau Najib. Mungkin Rosmah! Nampak gaya kabinet kali ini dikawal dari dapurlah…

Apapun isunya, rakyat tetap akan melihat bahawa masalah sebenar kabinet hari ini ialah kecelaan yang ada pada ketua kabinet, iaitu Najib sendiri. Referandum rakyat sudah dinyatakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Najib belum membersihkan dirinya daripada pelbagai tuduhan. Dari tuduhan khalwat dengan artis di Port Dickson hinggalah skandal seks dengan Altantuya. Daripada membeli kapal selam hinggalah pembunuhan wanita Mongolia . Daripada membeli undi dalam pilihan raya hinggalah membeli jawatan tertinggi dalam parti. Begitu comot sekali Najib dengan pelbagai skandal untuk beliau memimpin kerajaan Malaysia . PAS sudah berkali-kali mendesak Najib membersihkan dirinya dengan membawa isu ini ke mahkamah, tetapi Najib enggan kerana takut rahsianya terlondeh.

Apabila Najib enggan ke mahkamah, maka kabinetpun berkepalakan seorang yang diragui integritinya. Keraguan rakyat jelas sekali apabila semua bergembira dengan pendirian pengundi di dua bukit itu. Apabila kepala sudah busuk, maka sampai keekornya pun busuk sama. Apatah lagi apabila ahli-ahli kabinet sudah diketahui umum tercemar oleh pelbagai skandal.

Apakan upaya seorang Pengarah Kagat untuk menjadi sebutir garam untuk menyegarkan kabinet yang sedang membusuk ini. Akhirnya, seperti mana reputnya Umno, begitulah reputnya kabinet ini. Bersetuju atau tidak, rakyat sudah melihat bahawa kabinet ini adalah kabinet ikan busuk kerana berkepalakan kepala yang busuk. Mungkin inilah rupanya kabinet terakhir BN…

Wednesday, April 15, 2009

Syafaat Rasulullah S.A.W

Syafaat Rasulullah S.A.W
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”
Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.
2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
3. Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

PETUA MEMILIH GADIS JELITA - azie sayap kiri

Assalamualaikum...


Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:


Elakkan Dari Berkawan Dengannya
-----------------------------------------------
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).


Lakukan Risikan Secara Rahsia
-----------------------------------------
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.


Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
-----------------------------------------------
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
---------------------------------------------------------
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
--------------------------------------------------
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
-----------------------------------------------------
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
--------------------------------------------------
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
-------------------------------------------------
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
--------------------------------------------------------------------
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama
---------------------------------
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
--------------------------------------------------------
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu
----------------------------------------
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.


Layan Dia Dengan Baik
--------------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil


Bertanggungjawab
--------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Wassalam

Tuesday, April 14, 2009

RAHSIA SUSU KAMBING DAN PENYUSUAN ANAK OLEH DUA IBU

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing

Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.





Mengapa kambing menjadi pilihan Allah?

1. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi.

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu” Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk.

Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Kata Nabi SAW: ”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”.

Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia.

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.


KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

* Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
* Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
* Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
* Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
* Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.



7. KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan

dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan olih

pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996,rata rata

penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu

kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah

penyakit "dalaman" antara lain:

a. Penyakit demam kuning.

b. Penyakit lemah jantung.

c. penyakit darah tinggi/pening2.

d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.

e. Penyakit batuk kering.

f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.

g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.

h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah

tenaga batin.

i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.

KANDUNGAN PURATA SUSU KAMBING
(GM/LITER)

KANDUNGAN


GM/LITER

Bahan kering


15 - 135

Lemak


35- 40

Laktos


47 - 52

Protin - Casein
Albumin
Globulin


27 - 30

Abu

5 - 6