Wednesday, March 25, 2009

AMANAT PENTING TUAN GURU MURSYIDUL AM PAS KEPADA PARA PEMUDA

1. Memperhebatkan dialog dengan golongan bukan Islam agar Islam difahami dengan baik dan tiada lagi salah faham terhadap agama Islam . Malangnya lebih 50 tahun negara di tadbir oleh UMNO dan BN tetapi mereka tidak berusaha untuk memahamkan Islam kepada golongan non muslim . Bahkan lebih malang , ummat Islam sendiri telah luntur nilai keislaman mereka .

2. Menekankan agar golongan muda dalam PAS ini memperbanyakkan bacaan justeru Islam berkembang dan Ilmu bertambah melalui pembacaan . Paling tidak satu buku untuk satu bulan atau jika tidak mampu juga , [ penuh sinis kata Tok Guru biarlah satu buku untuk satu tahun .]

3. Mengharapkan agar pemimpin muda dalam PAS dapat menggerakkan perjuangan Islam ini dengan lebih gigih merentas agama dan budaya sehingga dilihat PAS sebagai sebuah jamaah besar untuk rakyat bernaung setelah rakyat putus harap dengan UMNO dan BN , sesuai dengan slogan PAS For All .

4. Jadikan kelantan sebagai model pentadbiran yang telus dan bersih termasuklah melahirkan pemimpin yang tidak boleh dibeli dan dirasuah oleh UMNO dan BN . Sambil menceritakan bagaimana terdapat ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditawarkan puluhan juta ringgit untuk melompat parti . Alhamdulillah mereka thabat dengan perjuangan Islam .

5. Jangan gunakan pendekatan menghukum dalam dakwah . " Saya sangat tidak suka sikap kita cepat mengkafirkan seseorang kemudian barulah kalut kita mahu memberi penerangan , Ini tindakan tidak bijak " kata Tok Guru . Terangkan dulu baru jelaskan hukum bukan hukum dulu baru nak bagi penerangan .

6. Pemuda mesti serius untuk lahirkan Tok Guru Muda bagi membawa Islam dengan segala burhannya [ bukti dan dalil ] kepada masyarakat khasnya masyarakat bukan Islam agar mereka dapat memahami Islam dengan baik dan pihak kita juga dapat mempertahankan hujjah dengan baik . " Jangan tonjolkan yang jahil nanti kalah hujjah malu kita " jelas Tok Guru .

Sunday, March 15, 2009

DALIL-DALIL DAN KAJIAN PEMAKANAN SUNNAH PENYEMBUH PENYAKIT ZAHIR DAN BATIN

SATU-SATUNYA MAKANAN YANG AMAT DIPERCAYAI UNTUK MENJAGA KESIHATAN DAN MEMBANTU DALAM MEMBENTUK PERIBADI YANG LUHUR SEPERTI YANG DINYATAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. SERTA KAJIAN SAINTIFIK.


KURMA + MADU + KISMIS + HABBATUS SAUDA'.

FAKTA & KHASIAT KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik
sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Nabi saww bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi saww bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum
dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".



1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".

(BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)



B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.



C. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".



2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.



B. Tenaga Segera

Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:

"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.



3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".

"Melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.



4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma".



B. Makanan Yang Paling Sempurna.

Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan".

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian".



FAKTA & KHASIAT MADU

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saww sangat
menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".

Rasul saww bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat
melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77
penyakit".

Rasul saww bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".

Rasul saww bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat
mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala
pen! yakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".

Rasul saww bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan
menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi".


Maksud Surah An-Nahl: Ayat 68-69:

Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah s.w.t.) bagi orang-orang yang mahu berfikir.



FAKTA & KHASIAT KISMIS

Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit
kecuali kematian".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka
dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat
menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, mengua! tkan saraf dan menghilangkan
letih".

Diriwayatkan di dalam Kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud;

"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"



FAKTA & KHASIAT HABBATUS SAUDA'

Di dalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati".

KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN,
MINYAK ZAITUN, ZA'FARAN, HABBATUS SAUDA'.

sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua.

Sehingga kini terbukti menyembuh penyak-penyakit seperti asma, batuk yang berlarutan, tonsil, kencing manis, darah tinggi, insomnia, keletihan, anak2 yang degil dan sebagainya.


KISMIS

Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

KURMA/ RUTOB

Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).

Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Saidina Ali a.s. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya". kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.“

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) merumuskan kajiannya mengenai kurma seperti yang tersiar dalam majalah Mingguan Wanita bahawa sekiranya isteri-isteri yang hamil memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."


BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA’)

Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu

Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda') telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH

Minat kami terhadap pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’) diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “ Dalam habbatus sauda’ (nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut “ Riwayat AlBukhari.

Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi.

( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya.
BAYI DAN KANAK-KANAK

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa (habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.
ORANG TUA

Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan cirri-ciri menguatkan lagi system imun, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang tua.

Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')kaya dalam nilai pemakanan :

Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan arabinose ditemui dalam jintan hitam.

Buah bunga Nigella Sativa (habbatussaubda') mengandungi komponen polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') , termasuk lapan belas daripada sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada pemakanan kita.

Buah bunga Nagella Sativa ((habbatussaubda')) mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.

Analisis kimia mendedahkan bahawa buah bunga nagella sativa ((habbatussaubda')) mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.

Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') juga merupakan sumber kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim.
KAJIAN BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA

Dalam amalan kesihatan kecantikan Ayurveda, Siddha dan Unani yang bermaksud sains Kehidupan dalam buku Desheeya tradisional Ayurveda 5000 tahun dulu, hampir kesemua penyediaan iaitu kaluduru (Habbatussauda)

Juga akan kehilangan keupayaannya untuk melawan toksin, sekaligus menambahkan peluang untuk dijangkiti penyakit.
UJIAN SAINTIFIK

Menurut keputusan ujiajn ke atas 9 lelaki dan wanita mengenai serum kolestrol, pemberian pati buah bunga nagella sativa untuk tempoh 4 minggu telah mengurangkan dengan ketaranya jumlah paras kolestrol dalam darah dan pecahan LDL, HDL dalam hypercholestroleamic pesakit.

Tiada perubahan signifikan kepada triglycerides. Mengurangkan jumlah kolestrol LDL bermakna mengurangkan risiko penyakit jantung.
MENGGALAKKAN ENZIM

Satu kajian oleh Agarwhal (1979) menunjukkan bahawa minyak buah bunga nagella sativa (habbatussaubda') meningkatkan pengaliran susu bagi ibu-ibu yang menyusui anak dengan susu badan. Satu penyelidikan oleh Universiti of Colombo (1989), termasuk Sari Biologikal mendedahkan bahawa keupayaan buah bunga nagella sativa untuk meningkatkan pengaliran susu ibu boleh dikaitkan dengan kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang didapati dalam buah bunga nagella sativa (habbatussaubda')

Ibnu Sina ( 980-1037) dalam menggambarkan habbatussauda’ sebagai “ meransang tenaga tubuh dan membantu memulihkan keletihan, masih tepat kepada pengamal kesihatan Tibb hari ini. Nilai –nilai pemakanan yang kaya yang terkandung di dalam habbatussauda’ seperti yang digariskan oleh analisis saintifik mengenai habbatussauda’menggambarkannya sebagai sumber tenaga yang sungguh baik.

Dari perspektif kesihatan Tibb habbatussauda’ mempunyai keupayaan untuk mengekal dan memulihkan panas badan. Diet orang barat, kebanyakannya diperbuat daripada makanan sejuk, ais dlm makanan kita, yugurt, pizza, keju dan kesemuanyanya mengurangkan haba semulajadi dalam badan kita yang diperlukan untuk fungsi optimum.

Tibb berpendapat bahawa punca kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh pengurangan kadar metabolisma (haba semulajadi). Badan manusia lemah apabila hilang tenaga
NILAI KUALITI PEMAKANAN

Indek nilai kualiti pemakanan habbatussauda’ menunjukkan bahawa bagi setiap 100mg bahan mentah mengandungi :

* Tenaga 1%
* Protein 1.4%
* Thiamin mg 4.3%
* Riboflavin mg 0.3%
* Pyridoxine mg 1.1%
* Niacin mg 1.2%
* Calcium mg 0.8%
* Iron mg 2.5%
* Kuprum mg 3.9%
* Zinc mg 1.7%
* Phos. Mg 23.%
* Folacin mf 0.7%

BUAH TIIN

Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiion ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi debgan serat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi "Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun daru syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan pemawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, mewmbersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.

Saturday, March 14, 2009

MENGAPA YAHUDI BIJAK ????@@#*&

fikir-fikirkan..
Mengapa Yahudi Bijak????
oleh: Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan. Dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak. Menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
jika dilihat kepada coretan di atas, rasa malu sendiri..mengapa orang Yahudi yang begitu ghairah menentang Islam tapi mengikut tatacara hidup Islam dalam diam dari pelbagai sudut, sedangkan orang Islam sendiri amat jauh untuk melakukan amalan seperti ini..Mari kita renungkan bersama..cubalah berubah bermula saat ini..Orang Islam perlu menjadi lebih baik daripada Yahudi...

PERINGATAN

Peringatan

Ada pelbagai lagi ajaran-ajaran dan pertubuhan-pertubuhan masa kini yang bertujuan merosakkan akidah. Mereka juga berjuang bagi merosakkan pegangan manusia pada Islam dengan pelbagai cara dan nama yang menarik lagi mengelirukan. Ada pertubuhan yang meraih simpati dan berpura-pura tidak bercanggah dengan Islam. Ada juga pertubuhan secara zahirnya ia bertujuan bagi memajukan Islam tetapi sebaliknya mereka menaburkan racun-racun akidah.

Antara ajaran yang mencampurkan antara satu sama lain seperti pragmatisme yang mengambil cara baru daripda fahaman Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme dan sebagainya yang difikirkan munasabah mengikut logik. Ada juga fahaman yang meresap melalui pengaruh politik, ekonomi dan tokoh-tokoh tertentu. Perkara-perkara yang disebutkan hanya sebagai contoh peringatan supaya tidak terjerumus ke dalam ajaran-ajaran baru dan lama yang bercanggah dengan Islam. Tujuan kedua adalah supaya penganut Islam tidak melakukan kesilapan pada akidah Islam dan penganutnya. Bagi mendapatkan pengetahuan yang lebih banyak dan huraian yang panjang, pembaca boleh membuat kajian dan mengikut perkembangan yang berlaku dari semasa ke semasa. Pertarungan antara iman dan kufur adalah berpanjangan sehingga hari kiamat.

Kuliyah Jumaat 28 Mac 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

FREEMASON

Keburukan Rotary Club

Rotary Club mempunyai fahaman dan kegiatan yang sama seperti Lions Club. Kedua-duanya dikuasai oleh gerakan Freemason yang mempunyai rancangan jahat kepada manusia dan Islam. Oleh itu, ia bukan sahaja berbahaya pada akidah tetapi juga mengundang bahaya pada keselamatan dan kepentingan Islam serta penganutnya.

Kuliyah Jumaat 14 Mac 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

------
Rotary Club

Rotary Club adalah pertubuhan yang berada di bawah naungan Freemason. Ia ditubuhkan di bandar Chicago, Amerika Syarikat pada 23 Februari 1905. Pengasasnya seorang pehuam bernama Paul P. Harris. Ia berkembang ke seluruh dunia sehingga pada tahun 1947, Rotary Club mempunyai cawangan di 70 negara, 6800 kelab dan 328000 ahli. Mereka berjaya menubuhkan kelab di Palestin pada tahun 1921. Semasa semangat Yahudi sedang marak, mereka terlbiat dalam penubuhan negara Israel seterusnya cawangan kelab ini berselerak di seluruh negara Arab.

Fahaman

Fahaman yang disebarkan Rotary Club adalah:
# Menganggap agama bukan masalah dan tidak penting apabila memilih ahli. Mereka juga tidak menjadikan agama sebagai masalah apabila menjalankan hubungan sesama mereka. Secara sembunyi, mereka membawa pengaruh Yahudi dalam kegiatan kelab.
# Menghapuskan sikap menunggu balasan dalam kerja kebajikan sama ada dalam bentuk material ataupun pahala.
# Mempunyai pegangan yang sama dengan Lions Club dari segi hubungan agama dan negara.
# Menonjolkan fahaman persamaan, persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan manusia sejagat sehingga menghilangkan kesetiaan kepada agama dan bangsa serta hanyut tanpa pegangan yang sebenar.
# Menjalankan kegiatan kemasyarakatan dan kebudayaan melalui ceramah-ceramah, lawatan, forum ke arah menyamakan antara agama dan menghapuskan pertelingkahan dalam perkara itu.
# Ia berbeza dengan Freemason apabila mengumumkan perlantikan pemimpinnya secara terbuka. Freemason pula merahsiakan pemimpinnya.
# Tidak dibenarkan menubuh cawangan melainkan keizinan pemimpin antarabangsa.

Kuliyah Jumaat 29 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

-------

Keanggotaan Lions Club

Syarat keanggotaan Lions Club tidak banyak berbeza dengan menganggotai pertubuhan-pertubuhan lain yang berada di bawah naungan Freemason. Antara syarat keahliannya adalah:
# Mencegah sekeras-kerasnya kemasukan ahli yang berpegang pada akidah dan cinta kepada negaranya.
# Keanggotaannya tidak diluluskan melalui orang yang membuat permohonan untuk menjadi ahli. Permohonan mesti daripada orang yang dicadangkan menjadi ahli dan dianggap dapat mendatangkan faedah kepada pertubuhan ini.
# Keanggotaannya dari kalangan tokoh pentadbiran dan usahawan yang berjaya.
# Menarik pemuda-pemudi untuk menyertai kegiatannya supaya pertubuhan sentiasa hidup dan cergas.
# Menarik isteri-isteri kenamaan dengan memberi jawatan dan peranan supaya dapat menarik tokoh-tokoh penting bagi kepentingan persatuan mereka.

Keburukan

Pertubuhan ini mempunyai motif yang tersirat ke arah membantu kegiatan Freemason. Antaranya:
# Menghidupkan slogan “agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”.
# Islam itu sama sahaja kedudukan dengan cara agama-agama lain samada agama samawi ataupun tidak, di samping menumpukan usaha mengelirukan umat Islam.
# Mengumpulkan maklumat kegiatan agama, politik, ekonomi dan sebagainya melalui perbuatan dan perbincangan secarta sedar atau tidak sedar dalam majlis-majlis dan pergaulan-pergaulan yang dianjurkan.

Kuliyah Jumaat 22 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

--------

Lions Club

Kumpulan yang kononnya menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Sebenarnya, ia adalah salah satu daripada cabang Freemason yang bertujuan mempengaruhi dunia. Ia ditubuhkan pada musim panas tahun 1915 di Texas, Amerika oleh penaja yang pertama iaitu Melvin Jones. Pertubuhan ini dianggotai oleh tokoh perusahaan dan pentadbiran yang terkenal di Amerika. Kemudian, ia diisytiharkan sebagai pertubuhan antarabangsa pada tahun 1917 di bandar Chicago Amerika.

Walaupun ia menjadi pertubuhan yang terbuka dan mendedahkan kegiatannya, namun rahsianya terbongkar apabila ia didalangi oleh gerakan Freemason.

Kegiatan dan Ideologi

Lions yang bermaksud singa-singa melambangkan kekuatan dan keberanian. Namun, di sebalik kegiatan-kegiatan mereka, Lions Club menarik orang ramai dengan slogan-slogan yang sangat menarik. Antaranya:
# Menyeru ke arah persaudaraan, kemerdekaan dan persamaan.
# Memberi bantuan kebajikan dan pertolongan kepada semua bangsa.
# Menghidupkan semangat persaudaraan di kalangan individu dengan mengelak daripada unsur-unsur akidah.
# Memberi perhatian kepada kesenangan masyarakat.
# Menyebarkan ilmu pengetahuan dengan semua cara yang boleh digunakan.
# Menolong orang yang cacat.
# Meringankan beban penderitaan golongan yang kurang bernasib baik dalam kehidupan hariannya.
# Memberi bantuan kepada orang tempatan.
# Mengadakan pertandingan-pertandingan hiburan.
# Membantu projek-projek kemasyarakatan.

Kuliyah Jumaat 15 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

KOMUNISME

Komunisme
Sunday, July 6th, 2008

Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.

Pengasas dan Pemimpin

Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.

Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusikomunisdiRusiamenubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

Dasar-dasar dan Pegangan

Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:
# Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.
# Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.
# Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.
# Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.
# Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.
# Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Perbandingan Komunisme dengan Islam
# Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.
# Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.
# Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis.
# Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.

Kuliyah Jumaat 21 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

--------

Sosialisme Dan Percanggahannya Dengan Islam

Perbandingan Sosialisme dengan Islam

Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan sosialisme bukan sahaja tidak baik daripada segi asalnya tetapi juga dari segi dasar.
Amalan dan tindakan adalah:
# Menjadikan kebendaan sebagai dasar utama dalam hidup tanpa meletakkan agama di tempat yang pertama sehingga tidak mempunyai perhitungan halal dan haram menurut akidah dan kaedah Islam.
# Tidak betul di dalam mengendalikan milik umum sehingga menjejaskan kebebasan orang perseorangan dan merampas hak-hak mereka.
# Bercanggah dengan fitrah manusia yang bersifat rohani dan jasmani, ananiah dan ijtima’iah (bermasyarakat).
# Menghapuskan semangat bekerja kepada orang perseorangan.
# Menghapuskan rasa bertanggungjawab pada urusan yang dipegang sehingga menjejaskan negara dari segi ekonomi yang menjadi matlamat penting kepada ajaran ini, apabila orang yang ditugaskan merasakan tugas dan hasil pekerjaannya bukan miliknya.

Akhirnya, Sosialisme mengalami nasib yang sama dengan Komunisme dan Kapitalisme. Gagal menyelesaikan masalah manusia sejagat, terdedah keburukan yang membawa kerunyuhan akhlak dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan lain-lain sehingga memaksa pemimpinnya menjadi contoh yang tidak baik menyembunyikan kesilapan mereka dan kelemahan ajaran yang diperjuangkan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya menggunakan penipuan melalui media massa yang dikuasai mereka dan kadang-kadang menggunakan kekerasan, penindasan ke atas rakyat yang cuba menegur dan membetulkan keadaan.

Kuliyah Jumaat 11 Januari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

---------

Sejarah dan Tokoh Fahaman Sosialisme

Ajaran yang berhubung engan ekonomi dan politik yang menjadi tindak balas kepada ajaran Kapitalisme. Ajaran ini juga berdasarkan kepada kebendaan, sama pada dasarnya dengan ajaran Komunisme daripada segi menonjolkan milik umum sebagai suatu cara untuk membela masyarakat tertindas, tetapi berbeza dengan komunis dari segi sikap terhadap agama dan cara bertindak.

Sejarah dan Tokoh

Ahli sejarah tidak dapat menentukan kelahiran ajaran ini. Ada antara mereka yang menyatakan seorang ahli falsafdah Greek sebelum masihi bernama Plato pernah mengemukakan pendapat ini di dalam karangannya. Namun, pendapat ini disanggah oleh beberapa orang ahli sejarah Barat antaranya Profesor Parker.

Diantara tokoh-tokoh yang terkemuka di abad yang ke 19 adalah: Sana Saimon, Puriah, Rubirat dan lain-lain yang terdiri dari kalangan ahli-ahli falsafah dan politik yang bertuhankan akal dan kebendaan.

Dasar-dasar Sosialisme
# Kebendaan menjadi dasar penting dalam menentukan kebahagiaan manusia.
# Mengutamakan milik umum kepada beberapa perkara yang dianggap menjadi sumber ekonomi dengan melalui milik negara.
# Menguasai pemerintahan atau kuasa politik dengan mencetuskan kefahaman ideologinya kepada masyarakat dan menyebarkannya di kalangan manusia supaya mendapat sokongan bagi mendapat kuasa pemerintahan.
# Membuat perubahan secara berperingkat di dalam bidang ekonomi dan pentadbiran melalui proses memilik negara beberapa yang dianggap menjadi milik kepada masyarakat umum.

Kuliyah Jumaat 28 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

KAPITALISME

Perbandingan Kapitalisme dengan Islam

Terdapat keburukan yang nyata daripada fahaman Kapitalis. Sebahagian daripadanya dapat dilihat dan sebahagian daripadanya masih tersembunyi. Akhirnya mereka mendesak pemimpin-pemimpin supaya membuat pindaan. Antara keburukannya adalah:
# Kapitalis adalah ciptaan manusia yang bersifat lemah. Kedudukannya sama seperti ideologi-ideologi lain yang dicipta oleh manusia. Ia jauh daripada ajaran Allah yang bertujuan menjaga hak sesama manusia. Oleh itu terang dan nyata ianya bercanggah dengan Islam.
# Matlamatnya semata-mata mencari keuntungan walaupun dengan cara yang haram seperti membolehkan riba, judi, import ekspori arak, pengedaran dadah dan sebagainya.
# Menyalahgunakan sifat ananiah (individualistik) yang ada dalam diri manusia. Adakala sifat mementingkan diri perlu dalam kehidupan manusia. Namun, golongan kapitalis menyalahgunakan sifat ini bagi mengaut keuntungan peribadi sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa dan penindasan ke atas orang-orang yang lemah. Bagi golongan kapitalis, perlumbaan mencari keuntungan adalah untuk diri masing-masing bukannya memberi jalan kepada orang lain. Akhirnya berlaku tabiat menyorok barang keperluan, penyeludupan, penipuan dan sebagainya.
# Keruntuhan akhlak dalam segala bidang sama ada politik, ekonomi dan hubungan anggota masyarakat. Apabila hilang batas-batas halal dan haram, ia menghilangkan batas-batas yang mengimbangkan antara kepentingan peribadi dan kepentingan masyarakat.
# Pengangguran meningkat dalam masyarakat kapitalis. Apabila banyaknya pengeluaran sehingga melebihi keperluan, para majikan merasakan tidak perlu kepada pekerja yang ramai bagi melipatgandakan keuntungan.
# Pembaziran berleluasa apabila menggunakan segala kemewahan. Kemewahan yang ada adalah untuk peribadi bukannya untuk golongan yang berhajat. Sekiranya pengeluaran produk melebihi keperluan, lebihan produk dilupuskan daripada memberi kepada orang lain.
# Kemuncak daripada fahaman kapitalisme adalah lahirnya semangat penjajahan ekonomi ke atas negara-negara miskin. Negara-negara kapitalis berusaha memonopoli bahan-bahan mentah dan aset tunai lalu menekan negara-negara miskin sehingga mereka terpaksa mengikut telunjuk kehendak negara-negara kapitalis.
# Perhambaan bentuk baru ke atas buruh, petani dan nelayan-nelayan. Golongan kapitalis berkuasa menentukan harga dan memeras keringat golongan ini supaya mengikut segala kemahuan mereka. Mereka memutarbelitkan bayaran, harga, tidak memberi jaminan yang munasabah dan sebagainya.
# Perang dunia yang berlaku pada zaman moden ini adalah kemuncak pertarungan negara-negara kapitalis. Antara motif utama adalah memonopoli minyak.
# Tidak ada istilah berkat dalam kekuasaan dan kemewahan mereka. Apa yang dicapai tidak akan memberi kebahagian di dunia dan akhirat. Perkara ini menjadi kegelisahan orang-orang yang berkuasa dan kaya kapitalis. Oleh itu, fahaman Kapitalisme bercanggah dengan fahaman orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya.

Kuliyah Jumaat 14 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

-------

Fahaman Kapitalisme
Thursday, June 26th, 2008

Kapitalisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi. Ia mempunyai cara berhubung dengan masyarakat dan politik berdasarkan kepada milik perseorangan. Kebiasaannya, seseorang itu adalah pemilik tunggal pada apa yang diusahakan olehnya manakala orang lain pula tindak berhak ke atas hartanya. Pemilik harta mempunyai hak memiliki jalan bagi mendapatkan sesuatu melalui cara yang boleh mendapatkannya. Cara-caranya adalah mendorong perasaan pentingkan diri dengan alasan ke arah kemajuan dari segi ekonomi. Mereka mengadakan beberapa peraturan yang diberi tugas kepada negara.

Dasar-dasar Kapitalisme

Ciri-ciri fahaman kapitalis ini adalah:
# Milik perseorangan pada sumber-sunber yang mendatangkan hasil seperti tanah, modal dan barang-barang. Kebiasaannya, seseorang itu bukan sahaja memiliki pakaian, alat-alat rumah, kenderaan dan binatang ternakan bahkan dia memiliki semua sumber yang menjadi keperluan orang ramai.
# Kebebasan bekerja dan menggunakan segala kekayaan yang ada bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Pengikut fahaman ini menganggap sifat ini menjadi pendorong yang kuat dan penting bagi mencapai kejayaan dalam ekonomi dan peluang meningkatkan pekerjaan dan pendapatan.
# Perlumbaan antara pemilik dengan pesaing apabila berlaku saingan mengeluarkan barang-barang dan menentukan harga. Masing-masing mahu barang-barangnya laris mendapat sambutan.
# Membahagikan kelas dalam masyarakat. Pemilik berada dalam satu golongan manakala pekerja dan pengguna dalam golongan lain. Golongan yang pertama mentadbirkan urusan yang menjadi miliknya dengan memikul beban untung dan rugi. Manakala golongan yang kedua tidak mempunyai hubungan untung dan rugi tetapi lebih bermotif mendapat ganjaran dan kemudahan.
# Berusaha untuk maju dan meningkat. Golongan ini cuba mengurangkan kos tetapi dapat meningkatkan pengeluaran bagi mencapai keuntungan yang lebih besar. Mereka tidak mengira cara sama ada mencari alat-alat murah atau pekerja yang dapat dibayar murah dengan tujuan memperbanyakkan pelanggan melalui pelbagai cara.
# Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi tetapi kuasanya adalah mengawal suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat memiliki harta melakukan kegiatan ekonomi

Sejarah dan tokoh

Fahaman ini muncul di negara-negara Eropah sejak pemerintahan Rom. Pemerintah mewujudkan golongan feudal dan golongan agama yang membawa ajaran bagi kepentingan peribadi. Bermula dengan memisahkan agama dengan dunia, mereka kemudian membebaskan diri daripada golongan feudal (bangsawan) lalu melahirkan golongan burjuwis (hartawan dari kalangan menengah). Daripada golongan ini, lahir golongan Kapitalis yang berlumba mencari kekayaan sehingga pandangan bebas bermula pada awal kurun ke-16 secara berperingkat. Seruan pertama adalah membebaskan diri daripada belenggu agama. Seruan kemudian adalah pembebasan melalui ajaran nasionalis (kebangsaan) dengan membebaskan bangsa masing-masing. Akhirnya berlaku kebebasan dalam bidang tabri termasuk dalam kegiatan ekonomi.

Pengasasnya terdiri daripada ahli-ahli falsafah bukan Islam dan antaranya tidak percaya kepada Tuhan. Ada juga yang bermusuh dengan agama. Walaupun ada yang mendakwa beragama namun agamanya bukan Islam malah bermusuh dengan Islam. Antara tokoh-tokoh fahaman ini adalah Adam Smith, David Ricardo, Jean Baptise Say, John Stunt Mill, David Hume dan lain-lain.

Kuliyah Jumaat 07 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu