Sejarah Mazhab Halajiah
Pengikut Husain bin Mansur al-Halaj. Menurut ahli sejarah, dia berasal dari Parsi dan menganut agama Majusi. Kemudian, dia menganut Islam dan menyertai ahli Tasauf. Dia pernah berguru dengan Abu al-Kasim al-Junaid. Dia kemudian pergi ke Mekah dan tinggal di sana selama setahun. Apabila dia mengemukakan pendapat maka Amru bin Ustman al-Makki menuduhnya menentang al-Quran dan mengancam untuk membunuhnya. Mendengar ancaman itu dia melarikan diri ke Khurasan. Selepas lima tahun dia datang lagi ke Mekah. Kemudian dia pergi ke Baghdad dan merantau ke India. Di India, dia mempelajari ilmu sihir sebelum kembali semula ke Mekah. Selepas itu dia pergi ke Baghdad dan Qom, Iran.
Dia mengaku mengetahui rahsia hati dan mengeluarkan kata-kata yang boleh ditafsirkan dengan makna baik dan makna buruk. Kadang-kadang kata-katanya seperti Syiah dan kadang-kadang seperti Ahli Sunnah. Pada zaman pemerintahan al-Muhtadir al-Abbasi, dia mengucapkan kalimah-kalimah yang mendakwa Tuhan meresap ke dalam dirinya. Kadang-kadang dia memakai pakaian sarjana Islam berserban besar lalu mengemukakan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan hukum syariat. Antaranya:
# Mengharuskan haji ke tempat yang lain daripada Mekah asalkan dia dapat membina bangunan empat persegi rumahnya atau bilik yang tidak kena najis dan bertawaf mengelilingi pada musim haji, memberi makan 30 orang anak yatim dan memberi pakaian kepada mereka dengan menganggap perkara-perkara itu menepati ibadah haji.
# Mengharuskan berbuka puasa di bulan Ramadan kepada orang yang berpuasa selama tiga hari tiga malam.
# Harus meninggalkan sembahyang kepada orang yang bersembahyang dua rakaat daripada awal malam sehingga akhirnya.
# Mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan seperti, “Ana al-Haq (Akulah Tuhan).” Sesiapa yang mendidik dirinya supaya mengerjakan taat dan bersabar dengan kelazatan dunia dan menurut nafsu nescaya jiwanya meningkat sehingga mencapai tahap muqarabin (orang yang dekat dengan Tuhan). Tahap ini boleh meninggi sehingga hatinya bersih daripada sifat manusia. Apabila tidak ada lagi sifat itu, roh Tuhan dapat memasuki dirinya seperti penciptaan Nabi Isa.
Terdapat perselisihan dalam kalangan sarjana ilmu al-Kalam, pakar fikah dan ahli tasauf daripada segi menghukum al-Halaj. Sebahagian sarjana mengkafirkannya seperti majoriti sarjana ilmu kalam dan sebahagian daripada pakar-pakar fikah dan ahli tasauf. Hujah mereka adalah ajaran al-Halaj termasuk dalam akidah al-Hululiah. Sebahagian lagi berhujah dan menafsirkan ucapannya dengan takwil.
Walau bagaimanapun pihak pemerintah Abasiah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas al-Halaj kerana pegangan dan ucapannya yang sangat mengelirukan. Namun, sebahagian pengikutnya mendakwa al-Halaj tidak mati. Orang yang dibunuh adalah orang yang menyerupainya. Walau bagaimanapun, ramai orang berbelah bahagi. Ada yang mengkafirkannya dan ada yang memujanya kerana perselisihan sarjana Islam menafsirkan ucapan Halaj itu.
Perkara yang membahayakan adalah fahaman dan aliran pemikiran al-Halaj dirakam dalam beberapa kitab tasauf. Lebih membahayakan apabila orang awam membaca tanpa mengkaji secara mendalam dan teliti.
Kuliyah Jumaat 29 Jun 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Saturday, March 14, 2009
AL-HULULIAH
Sejarah Mazhab Hululiah
Mereka adalah golongan yang mendakwa roh Tuhan itu menjelma di dalam diri seseorang dan menganggap sebagai Tuhan. Mereka menghalalkan yang haram dengan mentakwilkannya. Ajaran ini meresap ke dalam beberapa golongan Syiah dan mazhab-mazhab yang lain yang disebut sebelum ini. Antaranya adalah al-Syaibaiyah, al-Bayaniah, al-Jahaniah, al-Khattabiah, al-Syari’iah, al-Numairiah dan al-Rizamiah. Disamping itu ada pula mazhab-mazhabnya yang berasingan. Antaranya ialah:
Al-Muqannaiah:
Pengikut seorang yang bernama Ata’ al-Muqanna’. Dia adalah ahli sihir yang buta. Dia mengaku dirinya bersifat ketuhanan dan menunjukkan sihirnya sehingga kelihatan satu bulan yang lain di langit. Dia mendakwa dapat melihat objek dari jarak dua bulan perjalanan.
Al-Hilmaniah:
Pengikut Abu Hilmani al-Damsyiqi yang berasal dari Parsi dan membesar di Halab, Syiria. Dia kemudiannya menyebarkan ajarannya di Damsyik.
Al-Azafirah:
Mereka adalah pengikut Abu al-Azafir Muhammad bin Ali al-Syalamaghani.
Kuliyah Jumaat 15 Jun 2007

AL-MURJIAH
Mazhab Murji’ah Qadariah
Adalah pengikut Hasan bin Muhammad al-Najar.
Al-Jahamiah:
Pengikut Jaham bin Safuan yang lahir di Khurasan dan membawa ajaran sesat di sana.
Al-Bakriah:
Adalah pengikut Bakar bin Abdul Wahid. Menurut pengarang al-Mizan, Bakar bin Ziad al-Bahali, antara kejahatannya adalah mencipta hadis palsu dengan menyandarkannya kepada Abdullah bin al-Mubarak.
Al-Dhirariah:
Pengikut Dhirar bin Amru.
Al-Karramiah:
Pengikut Abdullah bin Muhammad bin Karram al-Naisaburi al-Sajistani. Pada zahirnya, dia dilihat sebagai orang yang warak dan ahli pidato yang memberi nasihat kepada orang ramai. Sebaliknya dia menjadi pemimpin besar ajaran sesat yang dikenali dengan nama al-Karramiah.
Al-Ubaidiah:
Pengikut Ubaid al-Kumait.
Al-Solihiah:
Pengikut Soleh bin Amru al-Solihi.
Kuliyah Jumaat 08 Jun 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Sejarah Mazhab Murji’ah I
Golongan ini diberi kepada mereka merujuk makna perkataan irjak dari segi bahasa. Irjak mempunyai dua makna iaitu:
Pertama; ta’khir iaitu menangguhnya. Kedua; ialah memberi harapan. Mereka diberi nama Murji’ah kerana merujuk makna yang pertama iaitu ta’khir. Ini kerana mereka menangguhkan amalan daripada niat dan qasad (maksud atau tujuan). Apabila merujuk makna yang kedua, mereka berkata maksiat tidak memberi mudarat kepada iman sebagaimana taat tidak membawa mudarat kepada kufur. Kadang-kadang mereka memberi harapan pahala kepada pelaku maksiat.
Kuliyah Jumaat 25 Mei 2007

AL-QADARIAH
Pecahan Mazhab Qadariah
Fahaman Qadariah berpecah kepada dua golongan, mereka adalah:
Al-Khabitiah:
Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Muktazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. Antara ajarannya adalah:
# Menyatakan alam ini ada dua pencipta. Pertama adalah qadim, iaitu Allah dan yang kedua adalah makhluk, iaitu Nabi Isa. Alasannya Nabi Isa digelar Rahmatullah. Pendapat ini juga diikut oleh Fadhlu al-Hadisi.
# Mereka juga sependapat dengan Fadlu al-Hadisi yang menyatakan maksud Nabi Isa adalah anak Allah bukan bermaksud beliau diperanakkan. Nabi Isa juga akan menghitung manusia pada hari kiamat nanti, dia datang dengan diiringi oleh para malaikat.
# Setiap jenis haiwan itu adalah satu umat dan setiap umat itu ada rasul masing-masing dari kalangan jenisnya.
# Menganut fahaman tanasukh iaitu berpindahnya ruh kepada jasad yang lain. Ia adalah ajaran yang berasal daripada agama Hindu, Greek dan kemudian mempengaruhi agama Kristian.
Apabila mereka menganut dan berpegang dengan fahaman yang disebut di atas maka para sarjana Islam menghukumkan mereka keluar daripada agama Islam.
Al-Hamariah:
Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-Hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, “Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qadak dengan qadar daripada Allah. Selain itu, mereka juga menganut beberapa fahaman yang lain. Antaranya adalah:
# Mereka mengambil fahaman Abad bin Sulaiman al-Damari yang berkata, “Golongan yang Allah laknat menjadi kera dan babi terus kufur selepas berlakunya kejadian itu.”
# Mengambil fahaman al-Ja’d bin Darham yang menyatakan berfikir itu mewajibkan makrifat. Mereka beralasan makrifat itu adalah perbuatan yang tiada pembuatnya.
# Menyatakan manusia itu boleh menciptakan haiwan. Caranya adalah mengambil daging kemudian membiarkannya di tengah cahaya matahari atau ditanam kedalam tanah. Apabila daging itu menjadi ulat, mereka mendakwa mereka yang menciptanya.
Kuliyah Jumaat 18 Mei 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Sejarah Mazhab Qadariah
Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan.
Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah:
Ma’abad al- Juhani
Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar.
Ghilan al-Dimasyqi
Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’ i. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu.” Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, “Qadar baik dan jahat itu daripada hamba.” Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Fahaman ini tidak mati dengan matinya Ghilan. Ia masih terus disebarkan di tengah-tengah masyarakat Islam dan berkembang bebas.
Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, “Orang yang pertama bercakap dengan fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani.
Kuliyah Jumaat 11 Mei 2007

AL-JABARIAH
Sejarah Mazhab Jabariah
Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.
Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.
Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.
Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.
Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.
Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”
Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.
Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:
AL- JAHMIAH
Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:
# Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.
# Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.
# Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad boleh dianggap beriman.
# Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).
# Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.
# Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya. Allah itu berkuasa mengadakan.
AL- TABARIAH
Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah:
# Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.
# Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
# Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.
# Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.
AL- DIRARIAH
Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:
# Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.
# Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.
Kuliyah Jumaat 04 Mei 2007

AL-MU'TAZILAH
al-Ka’abiah, al-Jubba’iah, al-Haitiah
al-Ka’abiah
Mereka ialah pengikut Abu al-Qasim Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Balqi yang dikenali dengan al-Ka’abi. Dia termasuk dalam kalangan ulamak terkenal di kalangan Muktazilah. Dia bertelingkah dengan Muktazilah Basrah dalam banyak perkara.
al-Jubba’iah atau al-Baihasiah
Mereka ialah pengikut Abu Ali Muhammad bin Abduk Wahab bin Salam al-Jubbai dan pengikut anaknya Abu Hasyim Abdul al-Salam bin Muhammad bin Abdul Wahab. Disebut al-Jubba’iah kerana disandarkan kepada Abu Ali al-Jubbai dan disebut dengan al-Baihasiah campuran kepada kedua-dua pemimpin tersebut.
al-Haitiah
Mereka adalah pengikut Ahmad bin Hait al-Kudri, seorang yang banyak membaca buku-buku falsafah dan terpengaruh dengannya.
Kuliyah Jumaat 27 April 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
al-Jahiziah, al-Khiyatiah
al-Jahiziah
Mereka adalah pengikut Abu Uthman Amru bin Bahar bin Mahbub al-Jahiz. Seorang yang terkenal di kalangan Muktazilah dari segi ilmu, kepetahan bercakap dan kuat berpegang dengan ajaran Muktazilah sehingga dia dianggap sebagai jurucakap Muktazilah pada zamannya. Dia berusaha selama 80 tahun dan belajar dengan beberapa ulamak ahlu Sunnah antaranya al-Qadi Abu Yusuf, tetapi dia mengikut fahaman Muktazilah.
al-Khiyatiah
Mereka adalah pengikut Abu al-Husin Abdul Rahim bin Muhammad bin Usman bin Abu Amru al-Khaiyat. Dia termasuk di kalangan Muktazilah Baghdad. Golongan ini juga dikenali dengan nama al-Ma’dumiah kerana mereka menidakkan secara melampau akan sifat-sifat yang maujudat (baru). Dia termasuk dalam kalangan sarjana besr Muktazilah yang mengarang kitab, pakar dalam ilmu hadis dan fikah selain menghafal beberapa perkara dalam ajaran Ahli Sunnah.
Kuliyah Jumaat 20 April 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
al-Thumamiah, al-Hisyamiah
al-Thumamiah
Pengikut Abu Man Thumamah bin al-Asras al-Numairi. Seorang yang sangat mengejar kemewahan dunia dan selalu berulang-alik ke istana sehingga berjaya mendekati Khalifah Harun ar-Rasyid dan menemaninya ke Mekah. Khalifah Harun ar-Rasyid bertindak ke atasnya apabila penyelewengannya terdedah. Namun, dia berjaya mempengaruhi al-Makmun yang bertukar menjadi pengikut Muktazilah. Kemudian, Thumamah dilantik menjadi seorang yang penting dalam kerajaannya sehingga lebih tinggi daripada kedudukan jemaah menteri.
al-Hisyamiah
Pengikut Hisyam bin Amru al-Futi. Dia sangat radikal dalam perkara qadar sehingga dia menafikan dan menyandarkan perbuatan itu kepada Allah. Walaupun dinyatakan sumber al-Quran, Khalifah al-Makmun menghormatinya. Dia hampir-hampir mahu berdiri apabila Hasyim datang mengunjunginya.
Kuliyah Jumaat 13 April 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
al-Muammariah, al-Mirdariah
al-Muammariah
Mereka adalah pengikut Muammar bin Abbad al-Sulami yang dianggap oleh golongan Muktazilah sebagai salah seorang ulamak yang besar dan berpegang pada fahaman menafikan sifat-sifat dan menafikan qadar baik dan jahat.
al-Mirdariah
Pengikut Abu Musa Isa bin Shabiih atau digelar al-Mirda. Dia dianggap sebagai seorang yang penting dalam mazhab Muktazilah. Dia berjaya menyebarkan ajarannya di Baghdad kerana sifat warak, zuhud, kuat beribadat, pintar berhujah dan fasih berpidato. Dia digelar sebagai rahib Muktazilah.
Kuliyah Jumaat 16 Mac 2007

KHAWARIJ
Al-Safariah
Mereka ialah pengikut Ziada bin al-Safar. Sebahagian ulamak menamakannya dengan Ziada bin al-Assar. Sebahagian ulamak berkata, perkataan al-Safariah berasal daripada al-Ashfar yang bermakna kuning kerana mereka kuat beribadah sehingga pucat kuning.
Kumpulan ini lahir pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Mereka agak tidak keras seperti kumpulan Azariqah. Mereka tidak sependapat dengan kumpulan-kumpulan Ibadhiah, Najadat dan Azariqah dalam beberapa perkara, antara ajarannya:
# Tidak mengkafirkan orang-orang yang tidak berjihad dengannya seperti yang dilakukan oleh kumpulan Azariqah.
# Tidak menggugurkan hukum rejam.
# Membuat hukum dosa besar yang tidak disebut hukuman had seperti sembahyang. Walaupun sesiapa yang meninggalkannya menjadi kafir.
# Menuruk al-Dhahak, golongan al-Safariah ini mengharuskan muslimat berkahwin dengan orang kafir di negeri taqiah (orang Islam ditindas dan diharuskan berhelah untuk menyalamatkan diri)
# Syirik itu dua, iaitu syirik taat kepada syaitan dan syirik menyembah berhala.
Fahaman ini akhirnya berkembang di utara Afrika di kalangan kabilah Barbar. Mereka menjadikan Qoirawan sebagai pusat gerakan. Kemudian, mereka mempengaruhi ketua-ketua kabilah. Pada tahun 297 Hijrah, mereka diserang oleh golongan Syiah dan pengaruh mereka pun hilang.
Kuliyah Jumaat 16 Februari 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Al-Ibadhiah
Mereka adalah pengikut Abdullah bin Ibadh al-Tamimi. Fahaman ini mempunyai pengikut paling ramai di kalangan Khawarij. Hingga kini, pengikutnya masih wujud di neger-negeri Masqat, Oman, Zanzibar dan beberapa daerah di utara Afrika. Mereka juga dianggap golongan Khawarij yang paling sederhana dan tidak keras seperti golongan-golongan Khawarij yang lain.
Kuliyah Jumaat 02 Februari 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Al-Muhakimatul Ula
Ia adalah nama terawal yang diberi kepada golongan Khawarij. Nama ini bersempena dengan sikap mereka yang menentang Majlis Tahkim dan mereka berkata, “Tiada hukum yang sebenar melainkan Allah.”
Kuliyah Jumaat 26 Januari 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Sejarah Mazhab Khawarij
Selepas Uthman bin Affan, khalifah yang ketiga meninggal dunia (syahid), para sahabat dan sebahagian besar umat Islam melafazkan ikrar setia melantik Ali bin Abi Talib menjadi khalifah yang keempat. Walau bagaimanapun, kematian Uthman meninggalkan api fitnah di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada peperangan sesama sendiri. Ada dua kumpulan yang berperang ketika itu iaitu kumpulan yang taat kepada khalifag Ali dan mereka yang menentang beliau. Golongan yang menentang berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ali ke atas orang yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan. Perang Siffin berlaku antara mereka yang taat kepada khalifah dan mereka yang menentangnya.
Apabila tentera pimpinan Ali hampir mencapai kemenangan, Muawiyah menerima nasihat Amru bin al-Ash supaya melakukan helah dengan mengangkat al-Quran dan mengajak supaya berdamai dengannya. Cara ini membawa kepada pertelingkahan sesama sahabat. Ali menyedari penipuan ini namun beliau terpaksa mengikut mereka yang terpengaruh dengan helah itu. Mereka menerima Tahkim dengan Ali mewakilkan Abu Musa al-Asy’ ari manakala Muawiyah mewakilkan Amru bin al-Ash.
Dalam pengadilan itu, Abu Musa al-Asy’ ari tertipu dengan helah yang digunakan oleh Amru al-Ash. Pengikut Ali tidak berpuas hati dengan pengadilan itu berkata: “Tiada hukum yang sebenar melainkan Allah.” Ali menjawab, “Perkataan itu benar tetapi diucapkan di tempat yang salah.” Mereka mengambil keputusan menentang dan keluar daripada keputusan perlantikan khalifah yang sah. Mereka menuju ke Harura’.
Ali datang memujuk mereka secara damai. Beliau mengemukakan soal jawab secara baik kepada mereka. Ali bertanya kepada mereka sambil menongkatkan busur panah, “Adakah kamu tahu, aku benci pada jawatan?” Mereka menjawab, “Ya.” Ali bertanya lagi, “Tidakkah kamu sedar, kamu juga memaksa aku supaya menerimanya?” Mereka menjawab, “Ya.” Ali bertanya lagi, “Kalau begitu, mengapa kamu menentangku?” Mereka terus rasa bersalah dan berkata, “Sesungguhnya kami melakukan dosa yang besar. Sekarang kami bertaubat kepada Allah.” Mereka pun pulang ke Kufah bersama Ali.
Tidak lama kemudian, mereka berubah fikiran lalu menentang semula. Ali terus menghantar Abdullah bin al-Abbas supaya berdamai dengan mereka bagi menghilangkan fitnah dan bencana. Namun, mereka mengambil keputusan menentang khalifah dan bersumpah setia melantik ketua yang dipilih oleh mereka sendiri iaitu Haraura’. Kerana itu, kumpulan ini dinamakan al-Harauriah. Oleh kerana mereka keluar menentang khalifah, mereka dinamakan Khawarij. Mereka juga menamakan diri mereka dengan nama al-Syurah bermaksud orang yang menjual nyawa kerana mahukan keredhaan Allah sedangkan mereka termasuk dalam pengikut ajaran sesat.
Golongan Khawarij bersepakat mendakwa Ali terkeluar daripada Islam berdasarkan peristiwa Tahkim dan mendakwa orang Islam yang mengerjakan dosa besar juga terkeluar daripada Islam. Mereka juga menghukum orang yang mengerjakan dosa besar akan diseksa dalam neraka selama-lama kecuali golongan al-Najdad iaitu salah satu daripada pecahan Khawarij. Mereka juga mempunyai pegangan-pegangan yang berbeza mengenai akidah serta bersikap menentang keras kepada khalifah Islam yang tidak disenangi mereka walaupun khalifah itu daripada kalangan para sahabat. Apabila golongan Syiah melampau memuja Ali, golongan Khawarij pula melampau menentang Ali serta para sahabat yang tidak sependapat dengan mereka.
Pada asalnya, mereka menentang dalam urusan pemerintahan Islam sahaja. Namun, tindakan mereka melarat kepada perkara-perkara akidah yang menyeleweng daripada landasan al-Quran dan sunnah.
Mereka adalah golongan yang bersifat kasar dan keras. Ini kerana kebanyakan mereka daripada kalangan orang Badwi (desa) yang berperangai begitu. Ditambah pula dengan kejahilan agama dan lemah dalam memahami al-Quran dan sunnah walaupun mereka berpegang kuat pada agama dan sayang padanya.
Pegangan mereka berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Antara pegangan mereka adalah:
# Dalam pemerintahan, mereka mengaku Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah yang sah. Uthman pada awalnya sah tetapi mereka mendakwa, Uthman berubah pada akhir pemerintahannya. Apabila Uthman berubah, jawatan khalifahnya juga tidak sah. Ali pula berada dalam keadaan baik sebelum peperangan SifFin. Selepas itu, Ali didakwa melakukan kesilapan dalam semasa Tahkim sehingga kesalahan itu dihukum terkeluar daripada Islam.
# Mereka mengecam orang-orang yang terlibat dalam Perang Jamal. Mereka adalah Thalhah, Zubair dan Aisyah. Mereka juga mengkafirkan Abu Musa al-Asy’ ari dan Amru bin al-Ash. Kesemua para sahabat itu dikecam habis-habisan. Muawiyah menurut pegangan mereka, merampas jawatan khalifah dengan menggunakan kekerasan maka dia kafir yang wajib diperangi.
# Jawatan khalifah mesti dipilih secara bebas di kalangan rakyat sama ada ia Ahli al-Bait seperti pegangan Syiah atau Quraisy seperti pegangan Ahli Sunnah. Apabila khalifah itu zalim, dia wajib dipecat atau diperangi. Sebahagian mereka menyatakan, tidak perlu ada imam. Apabila dirasakan mustahak, hukum melantiknya adalah harus sahaja.
# Terlalu mudah mendakwa kafir kepada orang yang melakukan dosa. Bukan sahaja yang melakukan dosa besar, malah ada yang berpendapat dosa kecil juga dihukum terkeluar Islam.
# Berpegang pada zahir ayat-ayat al-Quran dan hadis secara mudah tanpa mengkaji secara mendalam menurut kaedah-kaedah asal yang memberi makna yang lebih tepat dan kena bagi tujuan teks.
Mereka cuba mempengaruhi Abdullah bin Zubair yang menentang pemerintahan Muawiyah. Mereka meminta dengan keras supaya Abdullah mendakwa dan mengecam sahabat-sahabat termasuk ayahnya keluar daripada Islam. Dengan bijak, Abdullah menjawab, “Sesungguhnya Allah yang maha perkasa dan berkuasa menunjukkan kata-katanya kepada orang yang paling kafir dengan cara yang lebih lembut daripada ini. Allah berkata kepada Musa dan Harun surah Taha, ayat 43 hingga 44,
“Pergilah kamu berdua berjumpa Firaun sesungguhnya dia melampau batas, katakanlah kepadanya dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan dia menerima peringatan dan berasa takut.”
Nabi Muhammad juga berkata,
“Jangan kamu menyakitkan orang yang hidup dengan memaki orang yang sudah mati.”
Lalu beliau melarang sahabatnya memaki Abu Jahal di hadapan anaknya Ikrimah. Abu Jahal adalah musuh Allah dan rasulnya sebelum hijrah dan memeranginya selepas hijrah. “Cukuplah syirik menjadi dosa yang paling besar. Adalah tidak kena pada tempatnya kamu berkata demikian kepada ayahku dan sahabat-sahabat yang lain.”
Seterusnya Abdullah bin Zubir mempertahankan Uthman, Ali dan ibu saudaranya, Aisyah sehingga golongan Khawarij meninggalkannya.
Golongan Khawarij menentang khalifah secara kekerasan. Antara tindakan kejam yang mereka lakukan adalah membunuh Ali bin Abu Talib. Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij yang bernama Abdul Rahman bin Muljim.
Seterusnya mereka berpecah kepada lapan golongan yang besar dan berpecah pula daripadanya beberapa kumpulan kecil yang mempunyai pegangan yang berbeza antara satu sama lain.
Kuliyah Jumaat 19 Januari 2007

Subscribe to:
Posts (Atom)