Saturday, February 28, 2009

KURNIAKAN ROH KESATUAN KEPADA KAMI YA ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Akibat keseorangan dalam melayari hidup ini kita tidak mengenal erti kehidupan dan makna ISLAM dalam diri. AMAR MA'RUF dan nahi mungkar adalah dasar hidup yang mesti dipasak dan dilatih dengan Mujahadah yang tinggi. perlaksanaanya mestilah bijaksana agar ISLAM tidak dipandang ganas sebagaimana hari ini. so, kami kumpulan usrah walidain cuba mengasah bakat dalam Medan yang amat dahsyat roh kesatuannya. USRAH lah merupakan nadi kepada gerakan untuk AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR. moga ALLAH berkati kita semua. wassalam.

Thursday, February 19, 2009

DEKATILAH DENGAN BUDAYA SAYANG MENYAYANGI - SILAT

Islam amat memberi penekanan kepada konsep dakwah agar ianya berhikmah. Jangan kita tenggelam dengan keasyikan diri dalam membawa manusia kepada ALLAH. Dekatilah mereka mengikut budaya mereka agar ISLAM mudah difahami dan dirasai. Indahnya Islam jika pendokongnya berhikmah. Moga ALLAH merahmati kita semua. amin.

SUNYI SEPI


Bila sekali fikir kita sunyi dan sepi..bila merenung kita sebenarnya tidak begitu. Tanggungjawab dan kerja untuk agama, keluarga bangsa dan negara sedang menunggu untuk di islahkan. mengapa kekadang kita merasa lemah? kadangnya mungkin pengurusan, perancangan dan matlamat kita tidak jelas serta kabur..ingin berubah tapi terasa berat dan malas..kenapa? huhuhu rupanya kita dihinggapi satu penyakit yang amat merbahaya.. rupanya HATI kita sudah MATI..Innalillah wainnailaihirajiun..ape perlu kita buat? bacalah al-quran pergilah mendengar peringatan-peringatan dan sentiasalah muhasabah diri. Jika tidak ada manusia yang membuat maksiat seperti kita di dunia ini nescaya ALLAH akan tukar makhluk lain untuk menghuni bumi ini. paling istimewa manusia ialah sentiasa bertaubat dan sentiasa rasa bersalah walau berjuta-juta bertaubat kerana kita mulia kerana kita merasa kita hamba yang berdosa dan mengharap rahmat dan redhanya.. Moga ALLAH memberi kemuliaan dengan aqidah keimanan dan kemanisan iman yang berpanjangan.. amin.

ILMU ASAS KEKUATAN HIDUP


Kekurangan diri adalah kerana kekurangan ilmu. kerana ilmu menyebabkan kita tinggi dan semakin tinggi semakin rendah hati dengan ALLAH serta makhluknya. Fitrah manusia sebelum dilahirkan dan disalutkan dengan najis-najis dosa amatlah bersih. jadi, untuk kembali membersihkan diri tidak lain tidak mesti menambah ilmu didada dan beramal semampunya sehingga ternyata kita adalah insan yang diredhaai ALLAH dan rasulnya. Timbangilah diri dengan timbangan al-quran dan sunnah dengan contoh tauladan yang baik dari para alim ulama' dan para salihin. moga kita semua dapat kembali kepada fitrah kita yang sebenar dengan bekalan nur Iman dan Islam yang dipancarkan. amin.

SALAM KASIH DAN SAYANG SERTA UKHWAH FIL ISLAM

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu adalah utusanNYA.
Alhamdulillah di atas segala nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan. Moga segala yang dikerjakan mendapan keredhaan ALLAH taala. Terima kasih kerana sudi melayari dan berkongsi ilmu dan pengalaman hidup bersama. Salam ukhuwwah fil ISLAM. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH.